Sunday 9 October 2011

Macam Binatang


Mudah je kan kalau nak berfikir....di sebabkan tak mahu berfikirlah menyebabkan kita mudah lupa.

Kenapa macam tu? Berfikir adalah satu proses menghidupkan semula sel-sel di dalam otak tu. Cuba semek Al-Quran, banyak kan ayat yang kita kena berfikir mengenainya.

Fikir tentang ciptaan Allah, fikir mengenai diri kita, berfikir tentang dari mana ianya wujud. Semua ini kita fikirkan untuk kegunaan otak kita.

Kalau berfikir itu tidak penting, takkan Allah firmankan sebegitu banyak dalam Al-Qurna...kan. Padahal, kalau Allah tak nak kita berfikir...baik terus bagi ilmunya terhadap kita kan......tak paya fikir-fikir lagi.

Tapi Allah tak nak buat begitu. Itu sebablah...dunia kita semakin maju, banyak perubahan, macam-macam berlaku..di sebabkan berfikir. Kalau malas nak berfikir....manusia akan jadi macam binatang.

Jadi, sebagai manusia....walaupu kita ini tak lah berpendidikan tinggi. Tapi kita kena berfikir juga.....hidupkan sel-sel dalam otak tu. Jangan malas....jangan biarkan ianya mati....

Nanti tak pasal-pasal jadi binatang :P

No comments:

Post a Comment